HATI seorang AKU

HATI seorang AKU
cherita SEORANG aku!!

SeorangAku!!

My photo
aku 23tahun..de 2 pasang mata..hidung..mulut..2 telinga dan seangkatan dengan nyaaa.. ~ sangat laah sensitif.. ~penyayang.. ~SETIA mungkin..hehheh!!

Saturday, 5 March 2011

||~~Adakah DYE jodoh AKU??~~||

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)..


10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita



  • Bersahaja
          Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.

  •  Senang Bersama

        Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan   pada diri kita.
  • Terima Kita Seadanya

        Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. 
  • Sentiasa Jujur

          Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. 
  • Percaya Mempercayai

      Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
  • Senang Bekerjasama
      Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.


  • Memahami Diri Kita

    Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.
  • Tampilkan Kelemahan
       Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. 
  • Kata Hati
    Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
  • Solat Istikharah dan Tawakkal
   Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini  dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

P/S:adakah dye jodoh aku eyh..emmm..tunggu dan lihat je laa nanti..apa kesudahannya..adess!!

No comments:

Post a Comment